Wednesday, January 5, 2011

jobhunting

uwaaa~ susahnya..kat mana lagi nak cari kerja nie???? kat newspaper memang banyak kerja, malangnya kesemuanya khusus untuk para pencari kerja tetap.

saya bukan nak kerja lama pun cuma beberapa bulan aje. nanti kalau saya apply kat jabatan kerajaan, ,kemudian berhenti orang ingat saya nak main2 pula.

hmmm.. saya dah cuba kat kedai buku berdekatan tapi takde kosong. yang saya geram hati sangat tu kat tempat yang jauh2 banyak pula kerja kosong tu. atau saya patut apply aje kat situ walaupun jauh? hmmmm

saya ada juga try apply kat bank2 (bibd, taib, baiduri), kat klinik & hospital swasta. walaupun saya bukan dari bidang perubatan tapi manalah tahu kot2 saya diterima di bahagian kewangan.

ada juga saya cuba cari kat laman web. tapi tu pun kena tunggu saya keluar rumah dulu. sebab kat rumah saya nie langsung tak de network. camne nak on internet. tapi nasib baik la service masih ada kalau tak susah juga sekiranya ada kecemasan. hmmm

susah juga rupanya mencari kerja nie. no wonder lah sekarang banyak pengangguran. tapi ada juga segelintir penganggur yang terlalu memilih pekerjaan. hmm tak tau la. orang lain berebut nak bekerja, kerja apapun tak kisah asalkan halal.hmmm

tak kurang juga orang yang senang dapat kerja, tapi tak tahu bersyukur. bila dah dapat kerja mulalah lebih sudu dari kuah. berlagak macam bos. bila orang lain tegur mulalah nak marah tak tentu pasal. last2 berhenti. jadi penganggur lagi. hmmm

my mom selalu kata: bila dah dapat kerja nanti, kerja betul2. jangan jadi penyapu baru, mula2 aje rajin tapi bila dah lama2 mulalah berat punggung. kalau kerja kena jujur, sebab kerja itu ibadah menambah pahala. tapi kalau tak jujur bukan tambah pahala tapi tambah dosa sah2 masuk neraka. nauzubillah. lagi satu kalau orang lain tegur jangan melawan, dengar aje. tu tanda orang baik sebab dia tak nak kita buat silap kemudian kena marah dengan atasan kita. kalau dia jahat, dia tak kan tegur biar aje kita kena marah, dia lagi suka. kemudian sentiasa bersangka baik pada orang tapi jangan mudah percaya cakap orang, kena selidik dulu baru kita tahu. dan lagi maniskan muka dengan senyuman. kalau masam aje orang baik pun takut nak tegur. senyuman kan sedekah boleh tambah pahala. orang pun suka. last sekali jangan tinggal sembahyang. walau sekeras mana pun kita kerja tapi kalau tinggal sembahyang takde gunanya. pahala kecil nak, tapi pahala besar buat dek, kan tak betul tu. pahala besar tu lah yang kita kena kejar.

anyway wish me goodluck.. ^^,

No comments: