Monday, January 3, 2011

18hb-19hb Dec

Hari nie nenek, my parents n I pergi Lawas untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu bapa saya.

Kami bertolak pada jam 4 petang. hampir 45 minit barulah kami melepasi pos kawalan kuala luran dan juga limbang. kemudian kami terus meneruskan perjalanan tanpa henti. perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan hari semakin gelap dan hujan yang lebat. Walaubagaimanapun kami tetap meneruskan perjalanan.

Sampai di satu kawasan di lawas, kerana hujan yang lebat dan gelap menyebabkan kon2 yang menutup separuh jalan tidak kelihatan. Kami hanya dapat melihat kon2 tersebut setelah kami berada terlalu hampir dengannya. kami tidak dapat berhenti * kalau brek mengejut ditakuti akan menyebabkan kereta terbalik ( kata bapa saya) malangnya kami tidak dapat ke jalan yang bertentangan kerana pada masa yang sama ada kereta lain dari arah depan. Jadi kami terpaksa merempuh sahaja jalan yang berada di hadapan. Alhamdulillah kami berjaya melintasi kawasan itu tanpa cedera.

Setelah berada agak jauh dari tempat kon2 tadi kami berhenti sebentar untuk memeriksa keadaan hadapan kereta kerana setelah pelanggaran tadi kami terdengar beberapa bunyi aneh. Setelah diperiksa rupanya bumper hadapan kereta pecah, nombor plat hilang semuanya, papan plat tinggal separuh dan kemek di bahagian atas bumper.

Akhirnya dalam jam 9 malam kami sampai dirumah pengantin dengan selamatnya.

pagi esoknya ibu tiba2 demam. menurut warga2 veteren disana kemungkinan ibu kebeliangan *terkejut / trauma* akibat kejadian semalam. Maka bapa mengambil keputusan untuk balik ke brunei ketika itu juga. Tapi tidak lama kemudian bapa berubah fikiran mahu membaiki kerosakan kereta terlebih dahulu sebelum pulang untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku *saman / denda kerana menggunakan kereta tanpa plat lesen hadapan*. Bapa mencuba mana2 workshop yang buka pada hari itu. malangnya kesemua workshop2 di sipitang dan lawas perlu meng`order’ sparepart yang kami mahukan.

Kami pulang tanpa membaiki bumper kereta dan alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sebaik sahaja kami memasuki kawasan limbang kami terus sahaja menuju ke workshop yang menjual sparepart * bumper, plat lesen, lampu dan sebagainya*. setelah hampir 2 jam kerja pembaikan dilakukan, Akhirnya kami berangkat pulang pada jam 5.50 petang.

hampir 2 jam setengah kami beratur untuk sampai ke pos kawalan imigresen limbang dan setengah jam lagi di pos kawalan kuala lurah akhirnya kami sampai ke rumah pada jam 9.15 malam.

Alhamdulillah kami kembali dengan selamat.

No comments: