Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya Tuhanku, engkau selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal Datuk". Si ayah kurang pasti maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.
Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya Tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal Nenek". Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.
Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya Tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah". Si ayah jadi panik. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi dia sudah pergi bertemu doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.
Bila dia pulang kerumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada tadi boleh juga tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!" si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?" isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi..." si ayah....?
No comments:
Post a Comment