Mak monah dan pak mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu siti, seri, murni dan suri. Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat2 anak tu pun bercadang untuk pergi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke pulau langkawi, seri ke pulau tioman, murni ke pulau kapas dan suri ke pulau pangkor.
Sebelum pergi mak minah dan pak mat berpesan, `nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat'. Panjang lebar mak minah memberi arahan pada anak2nya. Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari siti yang bertulis `standard chartered' tercari2lah kedua suami isteri ni iklan standard chartered dan bila jumpa tersenyum2 le kedua2nya membaca iklan yang bertulis `besar teguh dan peramah' bahagialah si siti rupanya.
Esoknya terima pula surat seri yang bertulis `nescafe' carilah iklan nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis `nikmatnya hingga ke titisan terakhir' bahagialah si seri rupanya. Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat murni yang bertulis `kfc' carilah iklan kfc dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis `hingga menjilat jari'. Bahagialah si murni rupanya.
Seminggu berlalu tiada surat dari suri. Mak minah dan pak mat dah risau. Dua minggu..tak ada jugak..masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari suri dengan isi kandungannya `air asia'. Bergegas lah mak minah mencari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tahu apa yang jadi kat anak bonsunya. Bila dibaca mak minah dan pak mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis..apa motto iklan tu..?
`7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI..NON STOP!!'
No comments:
Post a Comment