Thursday, June 9, 2011

Day 4

 

Pagi nie saya ronda2 sekitar..jumpa kedai buku...then beli ‘Tuan Rumah, Pembantu Rumah’, ‘Mencari calon suami@JS.com’ dan ‘Aa + Bb’ hehe bertambah lagi koleksi saya..

Then kitorang terus zoom pi kedah..kami berhenti kat R&R tapah, ipoh....lepas tu saya xtau kitorang singgah kat mana sebab dah pegi lalaland haha

Kitorang sampai kat Kedah malam juga la..terus pegi rumah pengantin kat kg Permatang Pasir...then bermalam kat pearl hotel @ penang huhu jam 2 pg baru kitorang semua tidur hmmm

Wednesday, June 8, 2011

Day 3

Today kitorang sarapan kat kampung baru..then kitorang terus zoom pi nilai..beli kain tuk raya..complete untuk semua ahli keluarga..sekayu la kami semua nanti hehe

Lepas tu kitorang terus pegi sunway lagoon...seronok cuti mata kehkehkeh gatalnya aku~ mana xnya, banyak yang tayang body..so kite tengok aje la kan..betul x?

Then malam tu kitorang rehat2 kat hotel je la n sempat juga la kitorang ronda sekitar..

Tuesday, June 7, 2011

Day 2

Aduhai~ pagi2 lagi perut dah buat ragam..hmmm asyik nak pegi tandas aje..then dah siap semua kitorang terus chack out...xtahan la nak tinggal kat situ..

Pagi ni kitorang sarapan kat bukit bintang..sedap (Y) menepati cita rasa...tapi sebab perut tengah buat ragam so xbrape mood nak makan..

Lepas sarapan kitorang terus pegi istana negara..xdapat masuk, kat luar pun jadila..sempat juga kitorang bergambar dengan guard berkuda yang kawal pagar istana tu..

Then kitorang pegi tugu negara, dataran merdeka...lepas lawat semua tempat tu kitorang terus zoom pi pewter shop then batu cave...memandangkan kitorang ni kesian sangat...ambik gambar guna hanpon aje..so kitorang pegi la beli camera kat situ...walau ramai orang kami tetap redah..last2 beli camera yang guna Aabattery coolpics n best nye dorang kasi kami free battery rechargable ngan memory card...yang xbest nye, kitorang kena tipu!! (nak tahu macam mana kami tahu yang kami ditipu?? Tunggu!!)..

Lepas tu kitorang pi pula round kat jln TAR..konon nak try new camera..p asyik2 dia kata card cannot be use..adeh!! then jumpa Palace Hotel..kita pun cuba nasib la kot2 ada kosong...xsangka pula dapat..so kitorang terus check in.

Malam tu lepas rehat2 golek2 semua rasa lapar pun datang..so kitorang pi la jalan2 kat sekitar hotel tu..xla jauh sangat p nak dekat 4 block la juga kitorang redah..bak kata pepatah abang saya, kita kasi redah aje lah!! Hehe

Waktu kitorang ronda2 tu, saya nampak photo shop..so saya pegi la..mana lah tahu kot2 saya yang buta IT xtahu nak guna camera...

tup2 datang sana pakcik tu cakap.. “card ni dah rosak, kena tukar card lain”

“rosak? Saya baru aje beli tadi, belum sampai 24jam pun”

“hmmm waktu beli cik xcuba dulu ke? Cik beli harga berapa?”

“harga camera aje Rm400..card tu dia kasi free..”

“cik ni dah kena tipu...camera ni cuma Rm250 dengan card..saya punya camera yang Rm 400 lagi canggih dari

“oh yeke pakcik..hmm xpe la dah nasib..so saya nak beli card la pakcik..4GB”

begitu la ceritanya kitorang tahu yang kitorang dah kena tipu hmm

Monday, June 6, 2011

Cuti2: Day 1

Wah~ pagi2 lg dh bakar ikan...sedap wooo~then jam 10 pagi kami bertolak ke airport kotakinabalu...sempat juga la buat air liur basi hehehe

Jam lepas 11 pagi dekat nak jam 12 tengahari kami sampai di airport kk..aduh~ lama juga kitorang tunggu. Mana xnye flight jam 2.05petang alahai~ adalah juga delay beberapa minit tapi apapun semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah..

Jam 5 petang kami sampai dlcct2...oleh sebab beberapa misunderstanding kami terpaksa menunggu dekat nak setengah jam la juga hmmm akhirnya orang yang ditunggu pun tiba..alhamdulillah so kami pun terus pergi k Citin hotel yang kat pudu tu...Alahai...xpayah cakap la...wifi pun macam nak xnak aje huhu..bilik pun xmemuaskan hati n perasaan yang jauh dilubuk hatiku chewaah~

Malam nie kitorang raasa lapar sangat...baru perasan yang kitorang makan ikan bako aje..tu pun tadi pagi!!

So kitorang pun jalan2 cari makan la..nasib jumpa 7eleven...then jalan lagi, jumpa pula kfc...ok la tu..

Now its 9.47pm.. kitorang rasa malas sangat nak jalan..so relax2 ajelah kat hotel...saya pun ambil kesempatan yang ada untuk blogging hehe

Sunday, June 5, 2011

Balik kampong~

Kami bertolak dari rumah pada jam 1 petang..barisan kereta di imigresin kuala lurah xla panjang sangat..tapi barisan kereta semasa menunggu giliran untuk menaiki feri, ya-Allah panjangnye xterkata..lepas aje jambatan terus que..dekat sejam juga la kita beratur tu..aduhai~

Jam 7 malam kami sampai disipitang..sempat juga kami membeli sedikit makanan untuk majlis doa selamat..kecil-kecilan sahaja..

Jam 8.38 malam sampai lah kami di rumah nenek...seronoknya dapat berkumpul beramai-ramai..

Sekarang dah pukul 10.46 malam..mata pun dah mengantuk...now ZZZZzzzzz.....

Sunday, April 3, 2011

kalau cinta~

Di lubuk hatiku adalah kamu sebagai ratu

Seluruh jiwaku hanya dirimu yang aku mahu

Telah ku percayakan hati ini pada mu

Maka kita tak saling risau risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tapi tak berbalas

Serahkan cintamu pada yang punya cinta

Di lubuk hati ku adalah kamu yang aku perlu

Seluruh jiwaku hanya dirimu yang aku mahu

Telah ku percayakan hati ini padamu

Maka kita tak saling risau risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tapi tak berbalas

Serahkan cintamu pada yang punya cinta

Kau ku perlu

kau jiwaku

Kau cintaku

Kau ku rindu

Kaulah ratu

#kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tapi tak berbalas

Serahkan cintamu pada yang punya cinta

*#ulang 3x*

Technorati Tags: ,

Friday, February 4, 2011

unknown posting

well I found this piece of paper somewhere and somehow I kinda feel (s)he`s feelings when writing the statement. but I think its she.

ku menulis bukan kerana ku tak punya teman. ku menulis kerna ku lebih selesa meluahkan apa yang ku rasakan dari memendamnya. ku menulis bukan kerana ku malu atau takut. aklu menulis kerana ku tak mahu orang lain terluka mendengar apa yang aku katakan. aku menulis bukan kerana ku pentingkan diri sendiri. aku menulis kerana ku tak mahu apapun bentuk perubahan pada orang yang ku katakan kerana itu lebih menyakitkan hatiku.

aaah orang kata anak bungsu selalu dimanjakan. tapi mengapa ku tak merasa seperti itu. walaubagaimanapun ku tahu mereka sayang padaku. ayahku sering marah2. walau kesalahan kami hanya sekecil kuman dan bisa diperbetulkan dengan sekelip mata tapi dia akan tetap marah sehingga semua orang terkena tempiasnya. walau terkadang keterlaluan tapi ku tahu itu salah satu caranya mengajar kami agar tidak melakukan kesalahan sekecil apapun.

ibu ku pula orang yang suka bercerita. bila saja ada orang yang tengah memuji anak mereka ibu ku akan mula bercerita tentang kesalahan kami. seperti anak mengadu kepada ibu lagaknya. kadang aku jadi malu mengapa harus ibu memalukan kami yang pada pendapatku akan memalukannya juga.

ku punya beberapa kakak ipar. kami semua tinggal bersama, tidak ada yang tinggal sendiri. aku cuba untuk membuat mereka selesa. berlagak bagaikan mereka kakak ku sendiri. terkadang ku turut meluahkan pendapat, saran dan curhat kepada mereka. kadang bila abang2ku bekerja lewat malam, aku diminta menemankan mereka untuk malam itu. aku senang melakukannya. terasa diriku sangat diperlukan.

tapi ternyata ulahku itu memancing kemarahan kakak kandungku. dia merasa aku telah bertindak pilih kasih, katanya aku melawan, katanya aku tidak punya sopan dan tidak tahu adat.

keluarga ku cuma punya satu menantu lelaki. walaupun dia bukan menantu pilihan, yang pada awalnya mendapat tantangan keras daripada keluargaku. akhirnya kami akur kalau kakak ku sudah pun membuat keputusan dan keputusannya itu tidak boleh diganggu gugat lagi. lantas kedua orang tua ku membuat keputusan untuk mensahkan hubungan mereka.

tapi aku walaupun mereka sudah mau punya anak aku tetap tidak dapat mengubah persepsi ku kepada abang ipar ku itu. pada hematku masih tidak boleh dipercaya. tapi entah lah sukar untuk ku jelaskan tapi itulah perkara yang sebenarnya. oh ya dan juga kerana dia sering membuatku tak senang berhampiran dengannya.

hmm bagaimana harus ku katakan. dia tekadang suka berada berhampiran hingga tersentuh kulit (tersenggol bahu sebenarnya). terkadang dia suka menyebut nama ku tanpa perlu lagaknya nama ku itu sebuah lagu. terkadang aku biarkan saja. ah hanya bercanda. tapi kadang ea membuat aku marah lalu bicara keras dan membentak2. ah mungkin saja genetik ayahku. tapi itulah kakak ku kata aku kurang ajar kepada suaminya. hmmm

bila aku mengadu kepada kakakku tentang suaminya pasti dia akan bilang dia cuma bercanda tidak perlu diambil ke hati. ufh lalu aku tidak pernah membicarakan soal abang iparku itu kepada kakak ku lagi. kerna ku tahu dia sendiri pun masih cuba meyakinkan keluarga kami kalau pilihannya tepat dan mereka pula masih cuba mengenali tentang diri masing2 lebih dalam. dan ku rasa ku tak patut mencelah hanya akan memperdalam masalahnya saja. melainkan dia bertindak diluar kebiasaan aku pasti akan bilang kepada kakak ku sejelasnya.

aku menulis bukan untuk memburukkan sesiapa. aku menulis kerna dengan cara itu aku bisa meluahkan rasaku. sampai ketemu lagi. ku harap bila yang ku tulis ini kembali ketanganku semuanya baik aja.

nomatterwhat nomatterhow I love my family the way they are and I don’t want anything nor anyone to change it kerna ku tahu walaubagaimanapun mereka tetap sayang kepadaku.

ok that’s the end of the letter. I try to find somemore who knows there`s continuation but I couldnt . I guess everything goes well huh