Thursday, October 13, 2011

mengapa?

 

Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...
Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...
Mengapa didamba teman hidup yg sesempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...

CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU..=)

Shooting~

 

Today is the last day of shooting..*well I hope so*..yesterday my team had shoot almost all of the scene..

sekarang ne baru la saya tahu betapa susahnya nak buat video..kitorang ne buat video 20min je pun, apa cer pula orang2 yang buat video sampai berjam2 tu..alahai~

rsa macam dah buat banyak action n tambah dialog, tapi still masa dia SECONDS aje hmmm

tabik spring la kat pengarah2 pelakon2 n semua yang terlibat..saya yang berlakon untuk beberapa minit ni pun dah rasa macam nak membuta berhari2 sebab rasa letih tahap xingat dunia haha

lepas habis shooting nanti kena edit pula pastu kena rip kat vcd hmmm

anyway mesti korang tertanya2 video apa yang saya tengah shooting ni kan??

haa jangan fikir lain tau, saya sebenarnya tengah buat video untuk projek coarse business computing yang bertajuk `influences of social network into the business world’

harap2 pensyarah berpuas hati lah dengan kerja kami..korang tolong doakan ye..

terima kasih..

sayang awak semua lah ^^,

Tuesday, October 4, 2011

wanita solehah

 

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API NERAKA.

Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada BERENDAM DALAM LAUTAN NERAKA.

Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG RAMBUTNYA SEHINGGA MENDIDIH OTAK derita.

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki, Tapi untuk seorang lelaki bernama SUAMI.

Dariku untukmu

 

Yg dicari walau bkn putera raja, biarlah putera agama.

Yg diimpi, biarlah x punya rupa, asl sdap dpandang mata.

Yg dinilai, bkn sempurna sifat jasmani, asalkn sihat rohani & hati.

Yg dharap, bkn jihad pd semangat, asl perjuangan ada matlamat.

Yg dtg, x perlu rijal yg gemilang, krn diri ini serikandi dgn silam yg kelam.

Yg dnanti, bkn lamaran dgn permata, cukuplah akad & janji setia.

Dan yg akn terjadi, andai x sama dgn kehendak hati , insyaallah ku redha ketetapan ilahi.

*****

“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,” (Surah Al-Ankabut: 2-3)

*****

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286)