Monday, August 29, 2011

Kenapa dia?

Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.

Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensom, itu bukan cinta tetapi nafsu.

Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.

Jika kamu mencintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.

Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu mencintainya, itulah cinta yang sesungguhnya, bahagialah seseorang yang mencintai kerana ALLAH SWT..

 

*****

Kita kena ingat, CINTA bukan pada ‘couple’..

CINTA juga bukan pada ‘I love you’..

CINTA tak terletak pada ‘I miss you’..

dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?’..

kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata..

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan..

Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH..

 

*****

Tidakkah kita takut seandainya kita terambil hak orang lain? Seorang sahabat mengingatkan agar berhati-hati dengan lelakidan menjaga adab….Risau-risau, jika kita mengambil hak bakal isterinya….Bayangkan, hak anda juga dicerobohi…Astaghfirullah

 

nafsu dibelai lupa agama,

kerana cinta jadi utama,

mengundang padah pada jasadnya,

lalu hati hancur bersama..

pujuk jiwamu kenali ilahi,

moga kekuatan kamu perolehi,

nantokan rasa ‘kasihNYA’ abadi,

tersimpul mati kesyurga abadi..

Monday, August 22, 2011

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

saya tahu saya tidak cantik..tapi, walaupun saya tak cantik, sya tetap ada kelebihan..

kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

****

A bertanya kepada B………….:

A : Maaf nak tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH pekan HATI bandar I MISS YOU dekat mana ya?

B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN, dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPAN DIRI..haa, tu tandanya encik berada di jalan yang betul. Semoga selamat sampai! =)

Thursday, August 18, 2011

Quotes (Y)

Ingat pesan Nabi:

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan), Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya), Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat) , Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat), Hati itu berhawa dan berangan-angan, Faraj membenarkan atau mendustakannya.

-(Via Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah)

Thursday, August 11, 2011

First time

uwaaa~ first presentation in college are so frustrating huhu…

it was like none of the data presented are fault..

and the lecturers just object on the spot and said that all your data are faulty..

hmm need to do more research next time….

now I regret that I always skip my comp lesson during class..

to you readers, don’t be like me!!