Sunday, September 19, 2010

Wasiat

“Alhamdulillah..baguslah kalau dia terima dengan hati yang terbuka. Jadi tak de masalah lah masa depan nanti,” suara mak Siah dapat ku dengari dari bilik. Aku tahu apa yang sedang dibincangkan oleh mak bapak ku di ruang tamu dengan pak Said dan Mak Siah. Perbincangan tersebut agak lama dan aku sebagai anak dara sunti, aku tak harus masuk campur.

“Kalau macam tu kami nak beransur dululah. Nanti kami datang balik untuk bincang tentang duit hantaran dan semua hal-hal yang lain',” suara Pak Said pula menyambung. Aku mengintai sedikit di balik pintu bilikku. Kelihatan pak Said dan Mak Siah bersalaman dengan ibu bapaku dan menuju ke pintu. Aku kembali ke meja solekku. aku memandang mukaku di cermin.

Tak sangka pula bila atuk ngan nenek kembali ke rahmatullah semassa menunaikan haji tahun lepas, mereka boleh buat wasit yang gila tu. Mereka nak aku bernikah dengan anak Pak Said, Wan buntal! Nama tu mengingatkan aku tentang musuh ketat aku semasa di sekolah menengah dahulu. Dah le tak hensem, gemuk, ditambah kurang ajar pulak! Dia ingat dia seorang aje pengawas kat sekolah tu.

“Kenapa datang lambat sekolah?” Wan menegurku sebaik sahaja aku sampai di pintu pagar sekolah.

“Maaflah, saya tak de transport hari nih. so terpaksalah jalan kaki ke sekolah,” Aku menerangkan keadaan diriku.

“Hah, dah tau tak de transport, tau-tau le keluar awal kalau nak jalan kaki! ini tak menyusahkan orang aje nak tulis nama dia. Dah le nama dia sorang pulak tu. Hah satu lagi, ingat awak pengawas, jaga kelakuan tu sikit!” Wan membalas tajam. Hish, memang nak kena sibuntal sorang nih!

“Hoi, kalau malas nak tulis nama tak payah jaga pagar pagi-pagi. Lagi bagus tak payah jadi pengawas!” Aku membalas kembali.

“Eh, nak kemana tu? Belum selesai lagi nih!” “Apa lagi engko nak hah?” “Err….Nama engko ape hah?” Dia tersengih sambil menggaru kepalanya.

“Eeee…garamnya aku!” Aku menghentak-hentakkan kakiku sambil berjalan dan tak memperdulikannya. Memang sah le si buntal nih dah bengang. Aku sikit punya `famous’ kat sekolah nih, dia pulak tak tahu nama aku!

“Eh aku nak nama engkolah,” Dia menjerit sedikit. Aku memalingkan badanku tanpa berhenti berjalan ke hadapan. “Sofea Abdul Manaf, 4 cempaka!” Aku memalingkan kembali kepala ku kehadapan dan bergegas berjalan menuju ke kelas.

Semenjak dari hari itu aku memang dah anti giler dengan si buntal tu. Tiap-tiap hari ada saja dia nak kenakan aku disekolah. Sampailah pada satu hari aku menyedari aku rasa hidup aku aman sikit sebab aku dah tak nampak mukanya dua hari dan tak kena usikannya. Heh, sunyi lah pulak!

“ Assalamualaikum, Kak Lina! Saya nak tanya sikit boleh tak?” Aku merapati gadis kecil molek itu. “ Boleh, apa dia?” “Dah dua hari saya tak nampak Abang Wan. Akak tahu dia ke mana?” aku bertanya.

“Akak rasa semua dah tau yang dia terlibat ngan kemalangan motor ahad yang lepas. Dia ada kat hospital sekarang”. “ Oh, ye ke? Kalau macam tu tak pe lah. Terima kasih ya Kak Lina!” Aku cuba mengawal perasaan ku.

Tiga hari selepas itu, exam STPM bermula tapi batang hidung si buntal tu aku tak nampak kat sekolah. Hish, biar benar buntal nih! Eh, buat apa aku nak risau? Mestilah dia buat exam kat hospital. Selesai exam STPM aku mendapat dua berita, satu buruk dan satu baik. berita buruknya, si buntal tu dah selamat keluar hospital dan yang baiknya keluarganya akan berpindah sebab bapanya dapat naik pangkat jadi pengetua. Seronok betul aku dengar berita itu tetapi hanya seketika kerana dia pindah bukannya ke hujung dunia, tetapi disebelah rumah nenek ngan atuk aje. Benci betul! Aku baru aje nak duduk aman, dah datang balik bencana.

Satu tahun berlalu dengan pantas. Tahun nih aku exam SPM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan dalam bidang akaun. Walaupun sekarang jarang balik kampung kerana kesibukan belajar, kadang-kadang tu memang tak boleh terlepas juga macam hari raya.

“ Nek….nak masukkan santan ke dalam rendang nih?” Aku bertanya kepda nenek yang sedang menganyam ketupat.

“Eh…belum lagi. Nanti bila nak masuk santan nanti, nenek panggil Sofea. Nenek rasa macam ada orang bagi salam, tolong pergi tengok kejap Sofea!” nenek mengarahku ke depan. Aku meninggalkan rendang dalam kawah tu dan bergegas menuju ke depan rumah. Alamak! keluarga si buntal nih! dia pun ada sekali! Ah, bencana dah datang! Tapi dah nampak kurus sikit si buntal nih.

“waalaikumsalam, Pak Said Mak Said, jemputlah masuk. Semua orang ada kat belakang. Jemputlah!” aku melemparkan senyuman kepada kedua orang tua tersebut.

“Emmm….dah lama tak nampak Sofea. Besar panjang dah!” Mak Siah berceloteh. Pak Said dan Mak Siah menuju ke halaman belakangrumah yang riuh rendahtu. Aku membelakangi mereka berdua dan tanpa aku sedari aku jalan beriringan dengan si buntal tu.

“Lama tak jumpa? Tak rindu kat aku ke?” dia memulakan perbualan dengan soalan yang bengang.

“Oh…rindu! Sofea rindu sangat kat sibuntal! Hoi, orang macam engko buat apa aku nak rindu! baik aku rindu kat mak bapak aku lagi bagus!” aku menjeling tajam. “Laa….buat apa rindu kat orang yang dah memang dekat. Rugi aje! Lebih baik rindu kat aku yang akan jauh dari perantauan, tak rugi apa-apa!” dia tersengih lagi.

“Hah? Perantauan? Engko nak kemana? Setahu aku bukan ke engko duduk kat sebelah rumah atuk ngan nenek aku nie jer?” aku tersenyum sinis.

“Ha itu lah…lain kali jangan jadi macam `katak bawah tupperware’ tahu dunia sendiri aje”

“Eh, benda nih tak de kena mengena dengan katak , tau tak! Engko nak pergi mana, buat apa aku nak peduli! Engko tu bukannya pakwe aku, bukannya tunang aku. Faham?” malas aku nak layan sibuntal nih.

“Eleh, walau bukan pakwe, bukan tunang engko pun…….kenalah ambik tahu. Engko nak tahu sebab apa tak?” soalan cepu mas nih yang aku tak suka dengar. “Hah, sebab apa?”.

“Sebab aku nih……bakal suami engko! kahkahkah!” mukaku menjadi merah. Sibuntal ketawa dengan kuat dan berlari menuju ke halaman belakang rumah.

“Hoi, tak guna punya buntal. Siap engko! kalau aku dapat, Aku masukkan engko dalam blender!” aku dah tak boleh tahan sabar lagi. Nasib baiklah mak bapak aku dan mak bapak sibuntal tu hanya tersenyum. Aku menolong nenek menganyam ketupat, malas aku nak bercakap lagi. Tak guna pun sebab kalau aku cakap lagi, surenya aku kalah. Sambil aku menganyam ketupat, aku curi-curi dengar apa yang disembangkan oleh mak bapa aku, atuk, Pak Said dan Mak Siah.

“Jadi betullah apa yang mak saya cakap, yang Wan dapat tawaran belajar kat oversea ye?” bapaku memulakan bicara. “Em…nasib baiklah kena pergi lepas raya. Buatnya kena pergi masa tengah bulan puasa, tak ke haru!” Pak Said ketawa. “Syukurlah kalau macam tu. Dia dapat course apa Kak Siah?” mak menyambung.

“Business management Leha. bukan main seronok lagi dia bila dapat tawaran tu. Nampak gayanya dia tu memang minat berniaga.” mak Siah tersenyum. “Eloklah tu, Sofea nak jadi Akauntan, mana lah tahu dapat kerja satu syarikat!” mereka ketawa. “ Kalau ada jodoh anatara mereka berdua, tak ke mana!” atuk menyambung. Mereka ketawa lagi kuat dari tadi. Hah? Gila ke atuk nih? Dia ingat aku nak sangat kat sibuntal tu? aku rela kahwin dengan ikan buntal!.

Ada hati atuk dan nenek nak jodohkan aku dengan sibuntal tu! Semenjak dari hari itu aku nekad akan mencari pasangan hidup aku sendiri. Tak kisahlah siapa pun asalkan bukan si buntal tu. Tetapi selepas atuk dan nenek kembali ke rahmatullah, adapulak amanah yang diturunkan oleh mereka kepada mak bapaku, suruh aku kahwin dengan si buntal tu. Hari raya yang ku sambut itu adalah hari raya terakhirnya. Dia telah melanjutkan pelajarannya di United Kingdom agak lama.'

“Sofea, kamu dengar ke apa yang mak cakap?”mak menggoncang-goncang badanku. Aku berangan rupanya!

“Maaf mak, Sofea tak dengar”, aku hanya tersenyum.

“Emmm…itulah berangan lagi. Mak tanya bila kau nak balik ke Ipoh? Kau tak kerja ke?” Ibu menyambungkembali menghiris bawang.

“Eh, mak nih, nak halau Sofea ke?”

“Hish, apa yang kamu cakap nih? Mak kalau boleh nak kamu duduk kat sini lama-lama sikit. Tapi kamu tu tak ingat kerja ke? Dibuatnya kena buang kerja kan susah!” mak memujukku.

“Yelah, yelah! Sofea kena balik esok sebab, lusanya ada pengurus baru nak masuk kat syarikat Sofea, mak!”

“Emmmm…nanti kalau ada apa-apa nanti pasal kahwin kau nanti mak telefon kamu nantilah”, mak tersenyum kepadaku.

“Mak, betul ke Sofea kena kahwin juga dengan Abang Wan tu?”

“Wasiat, Sofea! Tak siapa boleh bantah!” aku tertunduk. Ya tuhanku, selamatkanlah hambamu ini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Sofea kau dah balance akaun bulan lepas?” Hani menegurku.

“Dah! Eh, bila pengurus baru tu nak masuk?” aku bertanya.

“Aku dengar desas-desus hari nih dia masuk! Tapi tak nampak la pulak batang hidungnya”, Hani mencebik.

“Hensem tak?” aku tersenyum nakal.

“Hish, kau nih….aku belum tengok lagi la, tapi aku dengar boleh tahan jugak!”

“Yeke? Boleh la aku sambar nanti” aku mengangkat keningku.

“Hah yalah tu…si buntal tunang kau tu nak sumbat kat mana? Kesian dia!” aku mencebik. Hish minah nih, suka sangat la `baking’ si buntal tu.

“Tengok lah mana lubang yang besar dan kosong nanti, aku sumbatlah dia kat situ. Hehehe!”

“Teruk betul kau nih!” Hani tergelak sama.

“Eh! apasal bising-bising kat depan tu? Jom kita tengok!” aku menarik tangan Hani.

“Hoi, Shah! Amboi bisingnya mulut dia! Kenapa bising-bising nih?” aku menegur satu-satunya mamat lembut di pejabat tu yang sedang ligat bersembang dengan rakan perempuan sekerjanya.

“Hah, Sofea baru nampak muka! pergi belek kat cermin tandas ke?” Shah ketawa.

“Amboi mulut tuuu…tak ada insurans ke? Eh, kenapa korang bisning-bising tadi?” Hani melabuhkan punggung di sebelah Shah.

“Hah, kalau you berdua nak tahu, pengurus baru kita tu dah sampai! I berani potong jari I kalau you kata dia tak hensem. He is damn gorgeous” Shah tak henti-henti memuji pengurus baru tu. Geli gak aku bila mengenangkan keadaan jantinanya.

“Yeke? Nama apa?” aku bertanya.

“I tak sure la, tapi yang i dengar si Ida gedik tu panggil dia En.Reez”, mata Shah menjeling ke arah Ida yang sedang menjawab panggilan telefon. Tiba-tiba….

“Sofea, En.Reez panggil you! Bawa sekali fail account last month”, Ida menjerit namaku. Aku melihat mukanya masam. Heh, jeles la tuh!

Aku melangkah laju menuju ke bilik pengurus yang dikatakan hensem itu. Aku mengetuk pintu dan melangkah masuk. En. Reez sedang menyemak fail-fail yang terletak di bahagian belakang mejanya. Aku tak nampak mukanya yang dikatakan hensem itu tapi dari badan belakangnya, aku dapat mengagak yang Shah bercakap benar.

“Selamat pagi En. Reez! Saya ada bawa fail yang encik minta tadi”, aku memulakan bicara. Dia meletakkan fail yang berada ditangannya dan memandang ke belakang. Fuuh, memang betul hensem la. Ala-ala Kushairi, hero remaja aku!

“Oh, Awak Sofea ye?” dia melemparkan senyuman yang cukup membuatkan aku cair.

“Eer…er…ya…sa…saya lah…Julia…eh..silap…Sofea!” aku sedikit gugup ketika dia memandang tepat kearah ku.

“Eh, jangan la takut. Saya bukannya jenis makan orang! Sila duduk!” dia mempersilakan aku duduk.

“Sebenarnya saya ada banyak lagi fail yang kena semak. Maklumlah, saya baru lagi disini. Banyak lagi yang saya tak tahu pasal syarikat nih. saya tau sikit-sikit aje…em…setiausahanya cantik yang bernama Syarida”, dia tersenyum menampakkan sebaris gigi cantik. Ceh, itu aje yang dia tau…asal nampak perempuan cantik sikit mulalah nak menggatal.

“….dan…meklumat pertama yang saya tahu pasal syarikat nih ialah ia mempunyai seorang akauntan yang cekap, bijak dan manis bertudung tapi sayang dia dah bertunang. Em…namamya Sofea Abdul Manaf. Betul tak?” dia tersenyum lagi, Huh, bangga juga aku bila dia puji aku tapi mana dia dapat tahu yang aku dah bertunang? Pengurus lama aku, Dato Yusuf tak la pulak tahu pasal benda nih. Pelik!

“Jadi bila En. Reez nak saya terangkan pasal akaun nih?”ku cuba ubah tajuk.

“Ok, nanti waktu lunch kita keluar sama dan awak bawa sekali fail tu. Kita bincang masa lunch nanti”, akhirnya dia memutuskan keputusan.

“Kalau macam tu, saya keluar dulu lah. Kalau ada apa-apa masalah, encik boleh rujuk kepada saya”, aku bangun dan menuju ke pintu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

En. Reez memesan makanan dan kami berbincang pasal perjalanan kewangan syarikat dan dia berpuas hati dengan peneranganku.

“Tunang awak tak marah ke kita keluar berdua nih?” En. Reez menyoalku. Ceh, dia yang ajak aku keluar, takut pulak!

“Kalau dia tanya saya cakaplah pasal kerja. Tapimemang kita keluar ni pun pasal kerja kan?”

“Bertuah tunang awak tu. Kalau boleh saya pun nak bakal isteri saya macam awak!” dia tersenyum.

“Hah?” aku terkejut.

“Yelah..takkan keluar dengan lelaki lain kecuali urusan penting aje!” dia menyuap makan ke mulutnya.

“Oh…yeke? Sebenarnya ada ramai lagi perempuan yang baik di luar sana. Saya terpaksa menjadi tunang orang pun atas pilihan keluarga”, Ya allah, apa yang aku cakapkan nih??

“Pilihan keluarga? Awak tak bantah ke?” En. Reez mengerutkan dahinya.

“Baik bagi keluarga saya, baik juga bagi saya!”

Sudah hampir lima bulan En Reez bertugas di syarikat ini. Selama itulah juga aku banyak kali berurusan dengannya. Memang aku tak nafikan, kadang-kadang dia membuat aku jatuh hati terhadapnya, tapi aku terpaksa mengingatkan diriku ini sudah diikat orang.

“Sofea, saya nak tanya sikit boleh?” En. Reez memandangku yang sedang menulis perbelanjaan yang dibincangkan tadi.

“Pasal list bahan bekalan ke?”

“No, about you!” muka En. Reez serius.

“Apa dia?” aku menelaah kertas yang diberikan semasa dalam mesyuarat tadi.

“Kalau ada orang lain minat kat awak dan dia nak masuk meminang awak, awak sanggup putuskan tunang?” Ceh, tak de soalan lain ke?

“Siapa lah yang nak minat kat saya nih? Tak percaya lah!”

“Saya!” En. Reez senyum lagi. Aku ingin ketawa kuat tetapi aku mengawalnya.

“Sudahlah tu En. Reez, saya ada banyak kerja nih. Jangan ganggu saya!” aku hanya tersenyum dan menyambung kembali kerjaku.

“You know me Sofea! i will do anything to get what i want, eventhough i have to kill someone!” aku memandangf mukanya serius. aku meletakkan pen.

“Saya tak tahu sama ada En. Reez serius atau tak, tapi kalau betul En. Reez sukakan saya, saya nasihatkan supaya carilah gadis lain sebab saya tak ada apa-apa perasaan pada encik!”

Pada malam keesokannya aku mendapat panggilan daripada Abang Wan.

“Abang demam ke? suara abang serak semacam je” aku bertanya.

“Tak lah, cuma semalam abang tengok bola sampai jerit-jerit. Abang banyak kali call Sofea kat pejabat. So, minggu lepas abang datang KL nak jumpa Sofea, tapi lain yang abang nampak”, aku terkedu.

“Abang nampak Sofea dengan seorang lelaki. Melalui cara pemakaiannya, abang dapat agak dia tu pengurus Sofea kan?” aku tak tahu apa nak balas.

“Abang jangan salah sangka. Mungkin masa tu Sofea ada urusan luar yang kena selesaikan dengan pengurus kat luar. Sofea dan dia tak de apa-apa!” aku menjelaskan kedudukanku.

“Baguslah macam tu. Sofea tak nak bincang lagi ke, pasal tarikh pernikahan yang kita nak tunda sampai tujuh bulan tu? Abang…”

“Abang, Sofea nak cepatkan balik tarikh tu boleh tak?” aku memotong percakapannya.

“Eh, betul ke nih? kenapa?” Abang Wan hairan.

“Em…Sofea tak kisah bila. Abang jangan banyak tanya, okay?”

Keesokan harinya, Abang Wan memberitahuku yang tarikh pernikahan ku akan berlangsung 10hari dari sekarang. Cepat tu! Pada hari itu juga aku mendapat tahu bahawa En. Reez telah mengambil alamat kampungku daripada Hani dan menurut katanya, En. Reez dalam perjalanan ke kampungku sekarang. Tanpa berlengah, aku terus menuju ke kampung. Kelihatan kereta MerC Sport milik En. Reez berada di perkarang rumah mak bapak ku. Aku mencarinya dan mendapati dia sedang bersembang dengan bapaku. Aku memberi isyarat kepadanyasupaya mengekori aku. Dia bangun dan menuju ke arah ku. Bapa ku hanya tersenyum. Namun belum sempat untuk aku berkata apa-apa…

“Eh, Sofea bila kamu sampai?” mak menegurku dari belakang.

“Baru aje mak!” aku tersenyum kelat.

“Mak baru masak makanan yang kamu suka. Jom makan! Jemput la sekali Wan makan!” mak naik kerumah. Aku memandang sekeliling. mana ada si buntal tuh. mak nih mamai ke?

“Eh, Sofea apa yang kamu tercegat lagi kat situ? Cepat la! Wan bawa Sofea tu!” mak menjerit dari arah jendela dapur.

“Yelah makcik, saya datang nih!” En. Reez memandangku sambil ketawa berdekah-dekah. Aku terkejut.

“Tak guna punya buntal! Hei jangan lari, aku nak masukkan engko dalam blender!” aku mengejarnya. Perangai tak berubah-ubah, bisik hatiku. Aku bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya wasiat itu benar-benar membahagiakan diriku.

 

THE END

Technorati Tag: ,